mAke fUn oUr Life 2Gether wIt uS, d'Casualty syndicate, automotive fan Team
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Sudut IT: 1Hari 1Teknologi

Go down 
AuthorMessage
Ujye82
Crew
Crew
avatar

Posts : 64
Join date : 2009-11-11
Age : 36

PostSubject: Sudut IT: 1Hari 1Teknologi   Fri Nov 13, 2009 8:19 am

Salam

hi semua.. sbl memulakan kerja pagi ini.. kita buka minda dgn sesi IT Update.. sekadar untuk makluman semua..
klu mau details.. google atau pg kursus :-D

Hari ini kita berkenalan dengan salah satu CMS (Content Management System) yang agak popular dan mudah digunakan iaitu JOOMLA!

joomla ialah sistem pengurusan sumber terbuka (lesen free ok) yang ditulis dlm bahasa PHP dan menggunakan pangkalan data MySQL. Joomla mudah digunakan oleh pelbagai lapisan pengguna termasuk peringkat beginner untuk menerbitkan maklumat ke dalam Intranet ataupun Internet.

Ciri-ciri unik Joomla! termasuklah laman cache untuk meningkatkan prestasi, RSS, laman boleh cetak, berita terkini, blog, undian, carian laman, dan bahasa-bahasa.

Bagi yg tidak mempunyai pengalaman menulis page (html) anda akan dapati joomlah amat mudah digunakan kerana konsep WYSIWYG yang disediakan, sementara bagi mereka yang berpengalaman menggunakan HTML, anda boleh memilih untuk mengemaskini laman web anda dgn membuat editing ke atas HTML code.

Layari web berikut utk mendapatkan lebih byk maklumat mengenai joomla!

http://www.joomlamalaysia.org/
http://www.joomla-my.org/
http://demo.joomla.org/
http://www.joomla.org/
Back to top Go down
View user profile http://www.karanaan.com
Aku Noh
supersenior crew
supersenior crew
avatar

Posts : 118
Join date : 2009-11-11
Age : 38
Location : Sepulut - Tuaran

PostSubject: Re: Sudut IT: 1Hari 1Teknologi   Fri Nov 13, 2009 9:16 pm

Tuan Admin mesti belajar ni.. huhuhu

_________________
[url]http://sabahanmp3.hpage.com[url]
Back to top Go down
View user profile http://sabahanmp3.hpage.com
mr.right
supersenior crew
supersenior crew
avatar

Posts : 156
Join date : 2009-11-11
Age : 40
Location : Sabah

PostSubject: Re: Sudut IT: 1Hari 1Teknologi   Fri Nov 13, 2009 10:36 pm

belajar.. jangan tidak belajar..... hehehehe....

_________________
Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Back to top Go down
View user profile
Ujye82
Crew
Crew
avatar

Posts : 64
Join date : 2009-11-11
Age : 36

PostSubject: Web 2.0 (web two point oh)   Mon Nov 16, 2009 11:43 am

huhu.. kebanyakan daripada kita agak familiar dgn facebook
tapi mungkin ramai yang tidak tahu tentang teknologi web 2.0 yang digunakan oleh facebook
:
emm.. ada gangguan pula, nanti sambung

dengan kata mudah, web 2.0 membolehkan pengguna retrieve data, buat searching dgn lebih pantas (contohnya, nda perlu tekan refresh pun data baru boleh load macam di facebook)
Back to top Go down
View user profile http://www.karanaan.com
Ujye82
Crew
Crew
avatar

Posts : 64
Join date : 2009-11-11
Age : 36

PostSubject: ADWARE & MALWARE -   Tue Nov 17, 2009 10:22 pm

nah bacalah artikel panjang ni.. copy & Paste daripada http://www.in4ict.com/sekuriti/perbezaan-adware-dan-spyware.html

Adware
Adware ialah program komputer atau perisian iklan tanpa sedar yang diselitkan ke dalam perisian di mana ia akan dimuatkan ke dalam memori apabila program tersebut dilancarkan. Wajarnya adware ialah seseorang pengaturcara itu boleh memasukkan iklan sebegini bagi menampung kos pembangunan sesebuah perisian yang dibangunkan. Adware akan dijadikan satu alternatif oleh pembangun untuk menggalakkan penggunanya supaya mendaftarkan perisian tersebut secara sah dengan membayar yuran pendaftaran bagi menghapuskan iklan-iklan tersebut. Biasanya adware di hasilkan dalam bentuk pop-up yang keluar pada desktop anda apabila sesuatu program itu ditutup atau dimulakan.

Spyware
Spyware pula merujuk kepada apa-apa perisian yang melaksanakan sesuatu tugas atau proses yang berjalan tanpa pengetahuan pengguna. Spyware amat merbahaya berbanding Adware kerana proses tersebut mungkin digunakan untuk mengumpul maklumat-maklumat sensitif yang terdapat di dalam komputer anda. Sebaik sahaja spyware terpasang di dalam komputer, program atau proses tersebut akan memantau pengguna di Internet dan menghantar maklumat-maklumat anda secara senyap kepada pemilik perisian tersebut atau kepada pihak ketiga. Anda perlu berhati-hati kerana spyware mampu mengumpul maklumat-maklumat sensitif seperti alamat email, kata laluan atau nombor kad kredit anda.

Spyware boleh dikategorikan sebagai perisian jahat dan ia biasanya digunakan oleh usahawan-usahawan internet yang menjalankan perniagaan secara online. Oleh itu anda perlu berhati-hati apabila menyertai sesuatu program atau memuat turun perisian yang tidak diketahui puncanya. Jika diteliti, spyware boleh juga disamakan dengan program-program Trojan Horse di mana ia akan dipasangkan ke dalam komputer tanpa persetujuan pengguna.

Cara Spyware bekerja sama seperti mana Adware. Sebaik sahaja dimuatkan ke dalam memori, spyware akan memantau aktiviti pengguna dan mengumpul maklumat anda dan menjualnya kepada pihak-pihak lain.

Oleh kerana spyware wujud dalam bentuk executable, ia boleh juga memantau ‘keystroke’, mencari sesuatu fail di dalam cakera keras, mengintip aplikasi lain seperti program chat dan Microsoft Word, memasang program tertentu, membaca cookies, menukar alamat Home Page dan banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh berlaku tanpa disedari.

Terdapat beberapa langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan Spyware. Cara terbaik untuk menghalang spyware ialah dengan tidak melayari laman-laman web yang tidak diketahui umpamanya laman-laman web lucah dan juga biasakan diri anda untuk membaca ‘License Agreement’ sebelum memuat turun sesuatu program freeware atau shareware kerana syarikat-syarikat perisian komersial boleh juga memasang spyware dengan syarat ia dimaklumkan terlebih dahulu kepada pengguna melalui dokumen persetujuan lesen perisian tersebut.

Bagi mengesan kehadiran spyware, anda boleh melihat perubahan ketara pada sistem anda seperti berubahnya alamat Home Page pada pelayar web, dan juga anda boleh melihat beberapa toolbar ekstra yang muncul secara tiba-tiba pada pelayar web walaupun anda tidak pernah memasangnya sebelum ini. Penambahan pada senarai favorites juga salah satu tanda-tanda yang dimaksudkan. Selain itu jika skrin komputer anda menghasilkan ‘pop-up’ tetingkap secara tiba-tiba juga menunjukkan komputer anda telah dijangkiti Spyware.

Amat penting sekali bagi anda untuk memastikan komputer anda bebas dari Spyware lebih-lebih lagi jika komputer anda disambungkan ke Internet. Gunakan perisian anti-spyware yang terdapat di pasaran. Bagi pengguna di rumah anda boleh mencuba perisian Anti-Spyware seperti:

Microsoft Defender
Lavasoft Ad-Aware

Bagi tujuan perniagaan, anda boleh menggunakan penyelesaian secara hardware dengan menggunakan:

Firewall Barracuda

Sumber : http://www.ilmuit.com
Back to top Go down
View user profile http://www.karanaan.com
mr.right
supersenior crew
supersenior crew
avatar

Posts : 156
Join date : 2009-11-11
Age : 40
Location : Sabah

PostSubject: Re: Sudut IT: 1Hari 1Teknologi   Tue Nov 17, 2009 10:29 pm

Panjangnya... berkilo-kilometriko....

_________________
Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Back to top Go down
View user profile
Ujye82
Crew
Crew
avatar

Posts : 64
Join date : 2009-11-11
Age : 36

PostSubject: Re: Sudut IT: 1Hari 1Teknologi   Tue Nov 17, 2009 10:41 pm

haha.. tolong baca dan buat summary Very Happy
Back to top Go down
View user profile http://www.karanaan.com
Sponsored content




PostSubject: Re: Sudut IT: 1Hari 1Teknologi   

Back to top Go down
 
Sudut IT: 1Hari 1Teknologi
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
d'CasualtySyndicate Forum :: Borak Kedai Kopi :: Teknologi-
Jump to: